Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau supaya menjalankan tugas dengan jujur, telus dan amanah selain tidak berpuak-puak hingga masjid menjadi tempat menumbangkan antara satu sama lain. "Pegawai masjid hendaklah berwaspada terhadap penceramah yang tidak bertauliah kerana dikhuatiri akan menyelewengkan perkara yang disampaikan kepada jemaah terutama ajaran sesat. "Beta mahu masjid bukan hanya dikunjungi warga emas tetapi turut menarik generasi muda untuk menyertai program kebajikan dan beramal ibadat," titah baginda. Selain itu, Sultan Selangor turut berkenan menghargai bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kerajaan Selangor dengan membayar elaun imam serta memberi sumbangan khas kepada siak dan bilal.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan